Thursday, March 22, 2012

Jangan Bangga !

bismillahirahmanirahim..
Dalam mencari aku terlalai..
saat dah jumpa aku berhenti dari terus mencari..
aku berbangga dengan 1/100 yang ku jumpa..
aku menghebahkan agar ia menjadi indah khabar dari rupa..
aku menangis sendiri tatkala melihat kebodohan dan kesombongan diri..
aku ingat diri aku lengkap..
tetapi ternyata aku hanya orang yang punya angan2 yang banyak berbanding usaha..
Aku berjumpa dengan pelbagai rakan2..
mereka sebaya dengan aku..
tetapi ilmu dunia dan akhirat mereka lebih banyak berbanding aku..
Dimana kah aku berbanding mereka??
mereka tidak pernah berhenti berusaha dalam mencari..
tapi aku?
aku lalai..
Ya Allah.. aku tersentap..
bantulah aku ya Allah.. aku ingin menjadi hebat seperti mereka
aku ingin menjadi seorang yang tidak mudah mengalah
aku juga ingin menyampaikan seperti mereka..
tapi layakkah aku.. ilmu aku terlalu sedikit.. aku cepat putus asa..
semangat ku tidak kuat..
Aku perlu berubah !
mulai hari ini aku akan gunakan masaku sebaik mungkin..
aku akan pasti kan yang aku akan corakkan kembali hidupku..
aku memaafkan masa lalu ku agar aku hidup tenang pada hari esok..


No comments:

Post a Comment