Thursday, January 5, 2012

Oh manusia !

berjihadlah melawan nafsu
berjihadlah melawan syaitan
berjihadlah melawan musuh Allah s.w.t



laut mana tidak dihempas ombak?
bumi mana tidak ditimpa hujan?
saat kita berjaya menyelesaikan satu masalah ,
masalah lain yang tiba.
Ya,bijak sungguh engkau wahai syaitan
mencari setiap celah-celah kelemahan manusia
engkau hasut mereka sehingga mereka lalai dalam suatu perkara
saat mereka tersedar dan kembali ke pangkal jalan engkau gunakan plan yang lain
plan A, plan B, plan C dan plan yang paling terakhir iaitu apabila sakaratul maut menimpa manusia..
kejamnya engkau,bodohnya manusia..
akal yang manusia ada tidak digunakan sebaiknya
malah hanya mengikut sedap hawa nafsu yang hanya nikmat sebentar namun seksa selamanya di alam akhirat kelak..
lemahnya iman manusia..
lemahnya asas-asas manusia terhadap agama..
sayangnya akal yang Allah cipta cantik untuk kita jadi khalifah
namun kita gunakan untuk menjadi hamba neraka..nauzubillah..
bertahanlah wahai manusia..
menjalani kehidupan ini.. kita telah berjanji dengan Allah kesanggupan menjadi khalifah didunia ini dengan Allah saat kita dialam rahim lagi..
malah kita pernah berjanji dengan Allah semasa kita di alam roh
Allah bertanya kepada Para Roh
"Apakah kamu mengakui Diriku ini adalah tuhanmu?"
Mereka menjawab
"Benar,bahkan kami menyaksikannya"
(Al'Araf 7:172)
Ayat ini tersirat dengan indah sekali..
pengakuan ini tiada sebab untuk manusia mengatakan diakhirat kelak
"sesungguhnya kami(bani adam) adalah orang yang lalai terhadap ini (keesaan Tuhan)"

ingati lah Allah dalam apa jua keadaan kerana Allah tidak akan lupa hambanya yang meningatinya
semoga kita semua diberkati,dirahmati dan diredhai Nya..
semoga kita mendapat hidayahNya..
amin..
inilah rintitan hidup kita sebagai manusia..binalah kehidupan yang baik didunia..sediakanlah bekal yang banyak..agar kita dapat meniti titiran sirat dengan berlari sepantas kilat kelak..
amin

Alam Roh -> Alam Rahim ->ALAM DUNIA ! ! ->ALAM barzakh-> Marsyar (syurga atau neraka?)

No comments:

Post a Comment