Thursday, March 22, 2012

Jangan Bangga !

bismillahirahmanirahim..
Dalam mencari aku terlalai..
saat dah jumpa aku berhenti dari terus mencari..
aku berbangga dengan 1/100 yang ku jumpa..
aku menghebahkan agar ia menjadi indah khabar dari rupa..
aku menangis sendiri tatkala melihat kebodohan dan kesombongan diri..
aku ingat diri aku lengkap..
tetapi ternyata aku hanya orang yang punya angan2 yang banyak berbanding usaha..
Aku berjumpa dengan pelbagai rakan2..
mereka sebaya dengan aku..
tetapi ilmu dunia dan akhirat mereka lebih banyak berbanding aku..
Dimana kah aku berbanding mereka??
mereka tidak pernah berhenti berusaha dalam mencari..
tapi aku?
aku lalai..
Ya Allah.. aku tersentap..
bantulah aku ya Allah.. aku ingin menjadi hebat seperti mereka
aku ingin menjadi seorang yang tidak mudah mengalah
aku juga ingin menyampaikan seperti mereka..
tapi layakkah aku.. ilmu aku terlalu sedikit.. aku cepat putus asa..
semangat ku tidak kuat..
Aku perlu berubah !
mulai hari ini aku akan gunakan masaku sebaik mungkin..
aku akan pasti kan yang aku akan corakkan kembali hidupku..
aku memaafkan masa lalu ku agar aku hidup tenang pada hari esok..


Tuesday, March 20, 2012

rasa sedihla..

aku juga manusia biasa..
perasaan sedih sering menyelinap diri ini..
itu lumrah.. aku pasti..
aku sedang berusaha memperbaiki diri..
ya Allah.. kadang-kadang aku rasa lemah..
malam ni aku rasa sedih.. tentang satu perkara..
aku sangat lemah tentang hal itu..
seorang sahabat aku menasihati aku tentang perkara itu..
aku mula sedih..
aku tidak boleh bercakap tentang itu..
aku bukan x nak.. tapi aku fobia..
aku betul2 takut..
ya Allah.. apakah aku boleh lalui perkara ini?
bantula aku hamba Mu ini ya Allah..

Monday, March 12, 2012

apabila pahit datang..

setiap hari aku merasakan kemanisan..
setiap hari aku melemparkan senyuman..
setiap hari aku rasa aku bahagia..
Namun bila datang hanya satu kepahitan aku rasakan kehidupan aku musnah..
airmata mengalir laju bagai tidak mahu henti..
namun,aku kuatkan semangat..
aku telan pahit itu..
aku sedar jika aku terlalu menerima kemanisan pasti akan
tiba penyakit yang lebih teruk
mungkin kepahitan ini penawar kepada kemanisan yang telah banyak ku terima..
Namun sebenarnya kepahitan ini membuatkan hati aku lebih dekat dengan Nya..
kadang2 aku berfikir bila kasih sayang manusia tiada untuk aku betapa aku rasa sedih..
dan aku terfikir lebih sedih jika hidup ku tanpa kasih sayang Allah..
aku bertekad nak belajar mencintai Allah sepenuh hatiku..
mengenaliNya dan kekasihnya.. iaitu nabiku.. =)

Monday, March 5, 2012

setelah hampir setahun..

bertemu dan berpisah lumrah kehidupan..
kemana pon kita pergi perkenalan kita semua tetap selamanya..
tinggal sebulan lebih lagi aku bergelar pelajar asasi..
setelah itu semua mengejar cita2 masing2..
menempuh liku-liku kehidupan yang berbeza..
aku mencari sedikit masaku menulis pesanan buat teman2 diasasi untuk meneruskan
perjuangan kehidupan..
warkah ini telah ku hantar untuk dimuatkan di majalah asasi unimas 2nd batch..
andai warkah ini berjaya alhamdulilah.. jika tidak, aku akan cuba perbaiki lagi..
insyaAllah..

Permata di negeri orang..

Niatku dahulu untuk mencapai kejayaan setinggi langit,

Ku berhijrah meninggalkan keluarga demi mencari ilmu,

Ku kentalkan semangat menahan rindu didada,

Laut china selatan pemisah antara kami,

Hanya doa mengiringi orang tersayang,

Alhamdulilah niat yang suci dibantu Ilahi,

Ku dikelilingi kawan-kawan yang sangat baik dan memahami,

Malah aku sangat bersyukur menemui permata yang teramat berharga dinegeri orang,

Aku berhati-hati menyimpan permata itu,

Berbekalkan nasihat dan ilmu yang ku ambil setiap minggu dalam bulatan kecil,

Permata ku kini sangat bersinar dihati,

Sehingga aku ingin semua orang mendapatkannya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada murobiyahku,

Jasa dan pengorbanan mereka hanya Allah s.w.t yang boleh membalasnya,

Mereka membantuku menemui cinta kepada Nya,

Menyedarkan aku untuk meletakkanNya yang pertama di hati,

Mengubah ku menjadi seorang yang benar-benar faham akan keindahan islam,

Turut mengajar aku mencintai nabi Muhammad saw.

Kini sunnah nabi ku ikuti untuk menjadi muslim cemerlang,

Wasiat nabi untuk umatnya ku pegang iaitu Al-Quran dan As-sunnah,

Kini kehidupan seharianku lebih bermakna.

Zaman jahiliyah ku tinggalkan biarpun perit dengan sindiran masyarakat,

Kini kusedar cinta ku hanya pada Nya.

Aku ingin meneruskan perjuangan nabi ku untuk menegakkan kalimah lailahaillah

Doa ku supaya kita menjadi mukmin yang cemerlang,

Bertemu denganNya yang sangat kita cintai di syurgaNya yang indah.

Warkah ini kutinggalkan buat teman-teman untuk meneruskan perjuangan kita,

Menguatkan kembali umat islam,

Semoga perjuagan ini menjadi pemberat di akhirat kelak,

Amin yarabalalamin.