Saturday, December 22, 2012

Indah Persahabatan itu jika bersama dengan ikhlas dan saling memahami..

           Melangkah kaki mengenal dunia bersama keluarga. Keluarga membantu kita merangkak, berdiri dan berjalan serta berlari bagi kita selari dengan arus dunia yang sebenar. Menunjukkan kita jalan yang baik dan betul. Bila kita mampu berdiri kukuh, keluarga mula melepaskan kita untuk mengenal dunia dengan keputusan kita sendiri. Disinilah bermulanya kisah penggembaraan dalam hidup kita. Kita lah yang memandu diri kita sama ada untuk meneruskan arus yang keluarga telah ajarkan kepada kita atau memilih arus yang lain.


         Alam belajar khususnya di Universiti mempunyai peratus yang besar dalam menentukan arah sebenar kita bergantung kepada beberapa perkara iaitu situasi, kawan, sikap dan lain2. Kenalan? Kawan? Sahabat? ialah perkara yang sangat berbeza. Kenalan kita boleh dapati dengan sangat mudah, hanya dengan senyuman dan teguran yang ringkas telah membuat kita menjadi kenalan nya. Justeru menjadi kawan yang bila ada perkara penting atau komitmen dalam kerja barulah akan contact. Sahabat mereka yang memahami, menerima dan menegur kita di tempat yang benar. Sahabat bukanlah mudah dicari namun jika ada ia sangat bermakna dalam hidup. Sahabat pengganti keluarga dalam membantu kita membesar bila berjauhan dengan keluarga. Sahabat sudi berkongsi cerita sedih dan gembira bersama kita. Sudi berkongsi susah dan senang bersama kita. Adakalanya sahabat dapat dimiliki setelah pergaduhan atau salah faham yang berlaku antara keduanya namun masing2 cuba memahami dan menerima kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri individu. Terima Kasih sahabat. Itu lah ungkapan yang perlu untuk mereka yang banyak berjasa dalam hidup kita yang dapat kita jadi kenangan terindah setelah kita sendiri berkeluarga kerana mereka kita berjaya memilih jalan sebenar..


menerima kekurangan sahabat dan ikhlas dalam bersahabat..=)

       Alhamdulilah, aku dikurniakan kawan dan sahabat yang baik dalam aku mengenal dunia. Mereka bersama aku dalam sedih dan gembira. Mereka mengajar aku untuk aku kental dalam menghadapi dunia. Mereka mengajar aku erti menghargai. Mereka mengajar aku erti rindu. Mereka meninggalkan kenangan indah dalam hidup aku. Aku insan biasa yang punya rasa gembira dan senang dalam bersahabat dan berkawan. Alhamdulilah sekali lagi ! aku temui jalan yang baik. Mereka kejut aku saat aku terlena dengan dunia, mereka sergah aku saat aku mula lalai, mereka marah aku saat aku hampir salah pilih jalan. Kemaafan yang aku dan mereka beri merapatkan menambahkan lagi rasa sayang antara kami. Mereka lah pengganti keluarga disaat berjauhan dari keluarga. Persahabatan itu indah jika disulami dengan kasih sayang kerana Allah swt. =)

     Jadilah kita seseorang yang meninggalkan kesan yang baik dimana sahaja kita berada. Semoga kesan yang kita tinggalkan memberi kebaikan kepada orang lain. Salam Ukhwah .Semoga kita dalam redhaNya.


1 comment:

  1. salam.. hendak mebalas kunjungan. hehe. berkenaan trip ke Sabah, kami tidak menggunakan agen. Kami rancang sendiri itinerary. hehe.

    itinerary boleh di baca di sini --> http://ignorantbrat.blogspot.com/2012/07/sabah-trip-4-days-for-rm300.html

    ReplyDelete