Saturday, December 31, 2011

hari ini dah 2012..


wah..
cepatnya masa berlalu..jari jemariku rancak menaip dan menulis azamku tahun ini..bersama diariku yang kekal disampingku.. azam tahun lepas banyak yang terlaksana.. alhamdulilah..
Namun bagi tahun ini pula..bagaimana ya? kebiasaannya orang akan meneruskan azam tahun lepas dan ada juga yang melupakan azam tahun lepas dan membina azam yang baru.. bagaimana pula dengan anda? jawapan nya tidak perlu dijawab.. hanya kita sahaja yang tahu.. rancang la baik2 tahun ini agar hidup lebih baik.. biasakan diri untuk sentiasa melihat kalendar..bukan lihat cuti ya.. tapi melihat hari2 yang bakal kita lalu dalam seminggu,sebulan dan setahun agar kita tahu betapa sekejapnya masa berlalu..
Hari pertama 2012 aku rasa tenang sangat..dan aku ada aktiviti di lanchan sarawak.. Aku mulakan tahun baruku dengan semangat yang baru..
Dengan rasminya aku ingin mengucapkan selamat tinggal duka..bye2..aku ingin kejar kebahagiaan dunia akhirat..amin..
Melihat langit diwaktu malam hati terasa tenang sekali..melihat sekeliling dengan pandangan positif betapa aku berasa aku adalah insan yang sangat beruntung kerana mempunyai segalanya =)
Oh..otak ku ligat berfikir.. tangan ku rancak menaip.. hati bahagia melihat suasana namun kasihan mata ini menahan mengantuk..
Aku bebaskan diri ini melayar bahtera..selamat malam dunia !


Friday, December 30, 2011

Perginya 2011..

Ya Allah..
cepatnya masa berlalu.. aku rasa seolah aku baru sahaja memegang slip spm yang ku ambil tahun ini.. tahun ini mengajar aku banyak perkara cinta,wang,usaha,persahabatan,kejujuran serta nilai sebenar manusia..
Ya Allah..
aku bersyukur kerana diberi peluang untuk terus bernafas..
aku bersyukur dengan nikmatMu terhadap aku..
aku punya segalanya..keluarga,kawan2,wang,kesempurnaan tubuh badan.. malah apa yang aku inginkan semuanya aku ada..aku bersyukur ya Allah engkau memberi kecukupan buatku..
Namun aku insan yang lemah ya Allah..
aku alpa..aku sering melakukan dosa sedar dan tanpa sedar..
syukur ke hadratMu ya Allah tahun 2011 juga engkau memberi peluang kepada aku untuk mengenal islam yang sebenarnya.. aku ditarbiyah.. aku dikelilingi kawan2 yang sangat2 baik..
terutamanya roomateku RINI AZMEERA, rakan kelas ku yang tak lokek ilmu,rakan yang selalu membantu ku AMIRATUL AFIQAH dan rakan seusrah ku..serta rakan2 yang ku kenali hati budinya =)
Dengan tekad yang ada serta iringan iman aku akan berusaha meninggalkan zaman jahiliahku..
Bukan mudah namun aku perlu jihad demi mencari redhanya..
SELAMAT TINGGAL 2011..
SEMOGA 2012 mematangkan aku untuk terus menuntut ilmu..

'mujahadah itu pahit tapi syurga itu manis'

Wednesday, December 28, 2011

..Nur Hidayah..

assalamualaikum.
dua perkataan yang sangat indah jika difahami maksudnya 'cahaya petunjuk'. Ya itulah ungkapan yang sangat indah yang sering disebut oleh manusia. Dulu aku melihat pekataan itu hanyalah satu pandangan biasa walaupun mengetahui maksudnya. Namun pandangan ku berbeza tatkala aku memahami maksudnya dan melihat dari setiap sudut. Ya Allah,indah sungguh perkataan itu dihatiku. Cantik dan indah jika ia menyirami hati kita. Ada beberapa pekara yang menyebabkan aku tertarik untuk menulis blog ini. Aku bukan la wartawan yang pandai menaip namun aku hanya insan biasa yang ingin meluahkan rasa untuk dikongsi.

Aku terasa ditampar apabila membaca blog yang benar-benar mengetuk pintu hati aku. Dalam blog itu ia membincangkan mengenai tudung. Orang selalu cakap 'yang tidak bertudung lebih baik dari bertudung labuh'.
Ini ulasannya :
1.perempuan yang bertudung labuh berjaya menutup aurat dan yang bersikap buruk itu adalah kelemahannya yang dalam proses membaiki.Namun mereka berjaya menjalankan perintah Allah swt.

2.Perempuan bertudung labuh lebih kental jiwanya. Orang kata mereka kolot. Mereka ketinggalan zaman. Namun mereka dapat hindarinya kerana mereka lebih mengetahui matlamat mereka. Mereka tahu mereka ingin kelihatan cantik dari pandangan Allah bukan manusia.

3. Perempuan bertudung labuh tidak diganggu oleh lelaki di luar sana. Mereka terhindar dari kegiatan atau aktiviti yang tidak sihat.

4. Perempuan bertudung labuh telah membantu lelaki mengawal diri mereka. Berterima kasih la kepada mereka.

dan kata-kata inilah yang menyentuh hati aku.
'hanya hati yang baik sahaja yang mampu menyebabkan perempuan memakai pakaian yang baik dan benar-benar menutup aurat/bertudung labuh'
Perkara ini benar-benar menarik hati aku mencuba memakai tudung labuh dan terus memakai.Aku terasa benar-benar selesa memakainya walaupun aku malu kerana ilmu agama ku sedikit berbanding mereka yang lain kerana aku hanya la insan dari sekolah harian/sekolah biasa bukan sekolah agama. Namun ku kuatkan semangat demi mencari cinta dan redha Nya.Dulu waktu kecil aku sering berdoa agar Allah menjadikan aku wanita solehah. Adakah Allah memakbulkan doa ku? Ya Allah aku yakin dengan kuasa Mu. Aku yakin dengan keputusan Mu kerana keputusan Mu adalah terbaik bagiku. Jika ini jalanku Engkau kentalkan lah jiwa ini untuk mencari cahaya petunjuk Mu.
Dahulu aku sering takut untuk berubah dan mengubah diriku. Aku hanya mendengar kata-kata orang namun aku lupa segalanya terletak pada Mu. Ya Allah terima kasih atas nikmatmu ini. Aku bersyukur.
Aku sentiasa ingat jika engkau ingin memberi kepada hambaMu jika seluruh alam ingin menghalang tiada suatu pun yang dapat halang dan jika engkau ingin menarik sesuatu dari hambaMu jika seluruh alam ingin menghalang tiada suatu pun yang dapat halang.
Perubahan ku sedikit demi sedikit demi mu ya Allah. Aku ingin mencari dan meneroka ilmu Mu.
Semoga engkau meredhai ku. amin.
Semoga ia juga memberi pengajaran buat yang lain termasuk keluarga ku,rakan-rakan ku dan yang turut membaca blog ini umtuk mendapat cahaya hidayah mu.
amin.


"Allah pelindung orang-orang yang beriman; dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya." (Surah Al-Baqarah:257)