Thursday, August 7, 2014

kejayaan dan kemalasan..

Sebelum bermula..
Terasa terlalu lama tak update blog ni.
Tak ramai membaca tapi kepada yang membaca, semoga bermanfaat..

3 tahun meninggalkan alam persekolahan..
Kefahaman, perwatakan, percakapan dan perlakuan hampir 100% berbeza..
namun nasihat dan teladan yang diberi masih tersemat di hati..

Masih berbaki 2 tahun sebelum menghabiskan ijazah sarjana muda.. juga masih berbaki 4 tahun 4 bulan sebelum mencecah umur 25 tahun.

Oh da besar !.. macam baru semalam baru habis spm ..

ok, straight to the point..

Kejayaan apakah yang dimaksudkan?
Perkara ini terpulang kepada individu punya matlamat..
Tetapi sbg muslim pastilah kejayaan di dunia dan diakhirat yang diimpikan.

Kemalasan pula teman baik bagi sesebuah Kejayaan..
Percayalah semua orang boleh berjaya..
namun, adanya sikap malas dan tidak fokus matlamat kita akan mula tersasar jauh ..
lari dari landasan yang dibina.

Jom fikir sejenak dan bertanya kepada diri kita apakah kejayaan sudah kita kecapi ?
jika belum apakah salah satu punca utamanya ?

...............

Kejayaan

1) apa yang kita matlamatkan dalam jangka masa pendek dan panjang
2) apa yang kita impikan.
3)dapat membantu orang lain dengan kesenangan yang ada.
4)berjaya solat awal 5waktu sehari..
5)berdakwah walau sekecil zarah
6)insyaAllah meninggal dunia husnul khatimah..  ( keadaan baik )
7)mendapat syafaat nabi di akhirat kelak amin..
8)berjumpa dan mendapat salam dari pencipta kita.. Amin..

Banyak lagi kejayaan yang harus dan boleh kita kecapi..

BErsabarlah, tekun dan gigih dalam melaksanakan dan menjayakan impian

semoga kita semua dalam redha dan kasih sayangNya..

amin..

Thursday, March 14, 2013

kalu perut lapar.. ada juga perkara lain yang lapar ..

Jika dibiarkan rumah kosong tanpa penghuni pasti bersarang jawapannya..
Jika dibiar baju yang tidak berbasuh pasti bertambah busuk baunya..
Jika dibiar makanan tidak ditutup pasti kotor jadinya
Jika dibiar perut yang lapar hari-harian pasti sakit akhirnya..



Bukan entry ini untuk berpantun namun ingin menunjukkan situasi atau sinonimkan perkara yang kita nampak dengan yang kita tidak dapat nampak..

Begitulah sebenarnya HATI kita..
HATI yang perlu kita bagi makan..
HATI yang perlu kita baja..
kerana HATI ini sangat2 tandus dan kering..
kerana HATI ini yang sering kita abaikan..
jika begitu matilah kita..
usah dilihat HATI orang lain.. sudah cukup kita menilai HATI kita..

jika HATI ini dibiarkan mati bermulalah kisah cerita duka yang kurang enak didengari..
jika HATI ini mati hilanglah ketenangan, kesabaran, senyuman dan keihklasan yang setiap orang miliki..

kita ingin kelihatan baik dengan semua orang.. kita sanggup menghabiskan duit untuk rakan-rakan demi sebuah nama.. tapi kita terlupa untuk membuat baik kepada HATI kita..
HATI yang setiap saat bersama kita.. saat kita resah,gelisah,gembira dan sedih..
HATI ini juga menjadi peneman ketika kita ingin membuat keputusan.. mengapa kita biarkan hati kita sakit? kelak keputusan yang bakal kita lakukan saat2 genting pasti keputusan yang salah..
ia dapat disinonimkan dengan keadaan seseorang yang lapar dan menjadi sangat mudah marah.. begitu juga HATI .. sakit dan lapar..menyebabkan keputusan terburu2 yang juga mnembuat kita gagal.. membuat kita tersalah jalan..dan membuat kita menyesal di hari TUA kelak..

Semua orang punya hati.. semua orang punya kebaikan.. jangan rosakkan hati dengan perkara2 lain.. jagalah hati.. ia adalah peneman kita.. peneman yang setia.. Jagalah ia agar kita tidak akan pernah rasa menyesal dan ingin mengulangi waktu suatu hari nanti..
Jagalah hati kita agar suatu saat kita dapat berjumpa dengan pemilik hati kita yang sebenar2nya di syurga..amin..


#tips jaga hati
pagari hati dengan zikir setiap hari.. sebaik2nya selepas solat fardhu..jangan kotori dengan maksiat telinga,mulut, mata,tangan dan hati..bersihkan dengan ayat-ayat suci alquran..akhir sekali.. istiqamah..insyaAllah jika kita istiqamah dan dengan ikhlas kerana Allah..kita akan dapat merasai kelainan..selamat mencuba.. semoga kita dalam lindunganNya,. amin..





Saturday, December 22, 2012

Indah Persahabatan itu jika bersama dengan ikhlas dan saling memahami..

           Melangkah kaki mengenal dunia bersama keluarga. Keluarga membantu kita merangkak, berdiri dan berjalan serta berlari bagi kita selari dengan arus dunia yang sebenar. Menunjukkan kita jalan yang baik dan betul. Bila kita mampu berdiri kukuh, keluarga mula melepaskan kita untuk mengenal dunia dengan keputusan kita sendiri. Disinilah bermulanya kisah penggembaraan dalam hidup kita. Kita lah yang memandu diri kita sama ada untuk meneruskan arus yang keluarga telah ajarkan kepada kita atau memilih arus yang lain.


         Alam belajar khususnya di Universiti mempunyai peratus yang besar dalam menentukan arah sebenar kita bergantung kepada beberapa perkara iaitu situasi, kawan, sikap dan lain2. Kenalan? Kawan? Sahabat? ialah perkara yang sangat berbeza. Kenalan kita boleh dapati dengan sangat mudah, hanya dengan senyuman dan teguran yang ringkas telah membuat kita menjadi kenalan nya. Justeru menjadi kawan yang bila ada perkara penting atau komitmen dalam kerja barulah akan contact. Sahabat mereka yang memahami, menerima dan menegur kita di tempat yang benar. Sahabat bukanlah mudah dicari namun jika ada ia sangat bermakna dalam hidup. Sahabat pengganti keluarga dalam membantu kita membesar bila berjauhan dengan keluarga. Sahabat sudi berkongsi cerita sedih dan gembira bersama kita. Sudi berkongsi susah dan senang bersama kita. Adakalanya sahabat dapat dimiliki setelah pergaduhan atau salah faham yang berlaku antara keduanya namun masing2 cuba memahami dan menerima kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri individu. Terima Kasih sahabat. Itu lah ungkapan yang perlu untuk mereka yang banyak berjasa dalam hidup kita yang dapat kita jadi kenangan terindah setelah kita sendiri berkeluarga kerana mereka kita berjaya memilih jalan sebenar..


menerima kekurangan sahabat dan ikhlas dalam bersahabat..=)

       Alhamdulilah, aku dikurniakan kawan dan sahabat yang baik dalam aku mengenal dunia. Mereka bersama aku dalam sedih dan gembira. Mereka mengajar aku untuk aku kental dalam menghadapi dunia. Mereka mengajar aku erti menghargai. Mereka mengajar aku erti rindu. Mereka meninggalkan kenangan indah dalam hidup aku. Aku insan biasa yang punya rasa gembira dan senang dalam bersahabat dan berkawan. Alhamdulilah sekali lagi ! aku temui jalan yang baik. Mereka kejut aku saat aku terlena dengan dunia, mereka sergah aku saat aku mula lalai, mereka marah aku saat aku hampir salah pilih jalan. Kemaafan yang aku dan mereka beri merapatkan menambahkan lagi rasa sayang antara kami. Mereka lah pengganti keluarga disaat berjauhan dari keluarga. Persahabatan itu indah jika disulami dengan kasih sayang kerana Allah swt. =)

     Jadilah kita seseorang yang meninggalkan kesan yang baik dimana sahaja kita berada. Semoga kesan yang kita tinggalkan memberi kebaikan kepada orang lain. Salam Ukhwah .Semoga kita dalam redhaNya.


Sunday, September 9, 2012

Renungan selangkah ke Universiti


Bila semangat menjadi teras utama segalanya mampu berubah ! Jangan biarkan semangat dilanda ribut taufan yang menghancurkan segalanya.

Aku minta itu, aku dapat itu. Segalanya dalam kuasa yang Maha Esa. Dia yang tahu segalanya. Ada orang cakap jika kita ingin kan sesuatu kita perlu berusaha untuk dapatkan sesuatu. Tapi ada juga orang cakap jika kita dapat sesuatu pasti itu terbaik untuk kita.. Arggh aku benar-benar keliru dalam memilih hala tuju ku. Hala tuju yang akan menentukan kehidupan aku untuk puluhan tahun. Aku sudah boleh dikatakan matang walaupun diri terasa masih kecil . Segala keputusan akan aku bincangkan bersama keluarga dan rakan-rakan . Namun segalanya terletak pada diri aku. Mereka membantu aku menunjukkan jalan , namun aku harus perlu dan mesti memilih jalan mana yang harus aku pilih kerana mereka tidak mahu menjadi tempat dipersalahkan jika aku tersungkur . Aku mula memikirkan keadaan kawan ku yang harus mengikut pilihan keluarga mereka dalam menentukan kerjaya. Aku rasa gembira menjadi mereka kerana pilihan sudah ada yang tinggal hanya belajar sahaja. Tapi aku dimarahi rakan ku yang mengatakan aku lebih beruntung kerana aku berhak menentukan hidup aku sendiri. Ya , secara mutlak keputusan ada di tangan ku.

Setelah berfikir dari segala sudut buruk dan baik . Ya, di sini aku menempatkan diri. Jauh di negeri orang aku merantau. Niat di hati ingin mencari segala ilmu yang ada. Dunia mahupun akhirat. Rindu? Siapa lah tidak rindu keluarga tercinta. Hanya Allah swt sahaja yang tahu. Aku lepaskan rinduku dengan doa. Hanya itu sahaja yang aku mampu. Air mata aku menitik tatkala teringat akan ayah dan ibuku. Aku bukanlah dari keluarga yang kaya. Ayahku kini dah berusia. Setiap minggu tangan nya kini perlu berdepan dengan cucukkan jarum yang pada mata kita hanya sebatang jarum namun yang merasainya hanya lah mereka. Sebelum aku melangkah pergi aku melihat dari jauh ayah ku menahan sakit dicucuk jarum. Katanya dulu suka atau tidak kita tiada pilihan jika itu yang terpaksa kita lalui. Sayu hati mendengar kata-kata itu. Saat ayah aku menghantar aku di stesen bas kami perlu menaiki tangga yang tinggi . Aku tidak mampu kerana beg aku terlalu berat ! terlalu berat ! sehingga aku mengalah untuk meneruskan perjalanan. Ayahku menghentikan pergerakkan mengambil beg ditanganku. Airmata ku menitis dalam hati. Ya Allah peritnya melihat ayah aku mengangkat beg ku yang terlalu berat hanya mengunakan sebelah tangan yang mampu. Aku hanya mampu melihat dengan penuh sayu. Setiap langkah ayah ku penuh dengan kasih saying yang tidak ditunjukkan dengan kata2. Aku berlari ke tandas. Menangis sepuasnya. Kedua tangan itu yang telah membesarkan aku sejak kecil. Kini masih mampu memberi aku kasih sayang walau hanya dengan sebelah tangan. Ya Allah, engkau hadiahkan aku ayah dan ibu yang sangat hebat dan berharga buat aku. Yang tiada nilainya.

Kucupan ibu didahi ku sudah cukup memilukan hati aku. Ibu merestui aku berjauhan demi mencari ilmu. Ya Allah. Apakah perasaan ini. Air mata mengalir tanpa henti. subahanaAllah ! Allah Maha Besar .  Hebatnya hati dalam merasai kasih sayang yang dapat dirasai melalui perbuatan yang mudah. Semua kenangan dari kecil hingga kini akan ku simpan dalam kamus hidupku. Mereka wiraku yang hebat dalam mendidik aku.
Kini aku mula mengorak langkah. Bersama semangat serta kasih sayang ibu dan ayah yang tiada nilainya. 

Esok segalanya bermula. Ibu ayah ingin sekali aku memohon maaf atas segala kesilapan aku. Aku pernah menjadi sombong tatkala menjadi remaja. Aku pernah meninggikan suara tatkala berasa marah. Aku pernah tidak mengendahkan panggilan kamu tatkala menonton tv. Aku pernah mengecilkan hati kamu dengan kata2 aku. Aku pernah malu terhadap kawan2 ku kerana kita miskin. Aku pernah lebihkan kawan2 ku berbanding kamu. Kini hidup berjauhan benar2 mendidik aku menjadi insan yang berhati lembut. Ibu ayah hanya doa menjadi pengubat rinduku. Hanya suara kamu mampu memberi aku semangat yang tiada tandingannya. Hebatnya kasih sayang kamu terhadap aku.

Ya ALLAH.. ampunilah hambaMu ini.. serta kedua ibu bapa ku adik beradikku, guru2 , rakan2 dan seluruh muslimin dan muslimat yang masih hidup mahupun mati.
                               
                                           


~Saat aku menghitung hari untuk membesar, ibu bapa ku meningkat usia menanti tibanya waktu mereka pergi.
~Saat aku mula mengingati dunia , ibu bapa ku mula menjadi pelupa
~saat aku mempunyai badan yang hebat , ibu bapa ku mula merasai kesakitan kerana penat bekerja
~saat aku gembira bersama rakan-rakanku diluar berjauhan ,ibu bapa ku mengirim rindu nya dalam doa dan titisan airmata.

Hanya satu kata2 yang sangat KEKAL diingatanku

‘belajarlah memasak wahai anakku ,andai satu masa aku tiada kamu boleh memasak untuk adik2 mu ‘

p/s: aku terlalu cinta akan ibu bapa ku kerana Allah swt. Semoga kami berjumpa di syurga Mu Ya Allah .. amin ya rabbal alamin..


Thursday, June 14, 2012

Masih adakah peluang ke dua?

anak mata lirik memandang kiri kanan kiri kanan.. melihat kesibukkan dunia di pagi hari.. kedengaran anak kecil menangis, budak-budak bersiap ke sekolah, ibu bapa sibuk menyiapkan diri masing2 menanti waktu sarapan bersama, jiran mula pergi meninggalkan keseronkkan rumah demi mencari rezeki ,kereta tidak putus-putus lalu hendak ke destinasi masing-masing.
Aku pula hanya menanti dengan penuh kesabaran bila aku boleh belajar kembali. Memegang buku,berbincang dengan rakan-rakan. Argh itu semua hanya sementara. Aku terlena dengan keseronokkan dunia. Buku entah kemana. Result biasa-biasa . Semua impian yang ku cipta aku sendiri yang lenyapkan. Jika dulu aku bertahan pasti kini aku sudah berjaya.

"Anakku, hanya orang yang rajin akan berjaya. Jangan malas bertanya. Bersahabatlah dengan pensyarah dan rajin la mambuat latihan"

"Dah besar anak emak, pandai-pandai la membuat keputusan dalam hidup. Jadi seorang yang hebat dan membawa agama kita bersama"

Pesan orang tua ku yang tidak pernah aku lupa. Tapi apa kan daya aku manusia biasa. Dulu hidup ku di jaga oleh orang tua ku. Kini aku perlu buat keputusan sendiri. Ah , aku anak muda yang baru setahun jagung mengenal dunia pasti keseronokkan akan menjadi pilihan aku. Aku tinggalkan buku. Laptop jadi keutamaan ku, Kenalan di laman sosial makin ramai. masa aku banyak dihabiskan disitu. Jika tidak pun pasti aku akan buka movie. Makan minum mak ayah yang masih beri duit. Aku tidak perlu fikirkan apa-apa selain 'enjoy'.

Tapi tak lama selepas itu semuanya berakhir. Keputusan final exam ku jatuh merundum. Ada 2 paper yang aku tidak ambil kerana kehadiran aku tidak mencukupi syarat.
Titisan air mata aku mengalir laju keluar tanpa di pinta. Apa yang harus aku lakukan? pasti orang tua ku kecewa.
*****
Lamunan aku terhenti ketika cerek elektrik ku berbunyi. Senyuman menghiasi langkahku menutup ingatan ku. Peristiwa ini membuat aku lebih matang . Membuat aku kenal penciptaku malah mendekatkan aku padaNya, Terima kasih ya Allah. Saat aku jatuh engkau memberi aku harapan yang sangat besar dalam hidupku. Saat aku terasa hina engkau penyembuhku. Saat aku gembira engkau tempatku berkongsi. Kini tiada yang lain selain hanya menuju engkau yang satu ya Allah.
Aku tekad ya Allah . Aku akan gunakan peluang kali kedua ini sebaik mungkin.

Ku sambut salam tangan ibuku dengan ciuman . Pengalaman ini adalah guru terbaik buatku.


>>cerpen untuk semua =)<<

Wednesday, June 13, 2012

Pabila Sang Hati Berkata-kata

tatkala aku sedang melakukan kerja ligat otakku berfikir..
macam-macam kata2 yang ingin aku postkan di fb buat tatapan semua.. namun aku perlu bertahan.. menanti peluang untuk aku online..

"Kadang2 Allah beri apa yang kita nak untuk menguji kita untuk kita bersyukur, kadang2 Allah tak beri apa yg kita nak untuk menguji kita agar terus memohon dengan penuh keyakinan padaNya.."

"Kesabaran adalah jalan bagi segala masalah"

"Andai hari ini kita berjaya menyelesaikan satu masalah , jangan terus terlena kerana masalah esok belum tentu kita dapat selesai"

Tiba sahaja dirumah laptop merah ku buka perlahan-lahan tanda sayangnya aku pada laptopku.
Tangan menggaru kepala yang tidak gatal. Seolah-olah tidak tahu mahu buat apa.
Termenung menghabiskan masa. Itulah aku. Jari-jemari ku mula ligat memasukkan email dan kata laluan   .Semua kata2 yang aku bina hilang. Puas aku cuba mengingat kembali apakah itu ? aku tetap lupa.
Itu lah aku yang mudah lupa.

"Aku tiada niat lain selain hanya ingin mengeluarkan kata2 yang baik agar dapat menyentuh hati keluarga, rakan2 ku ke arah kebaikan. Aku tiada niat lain selain hanya kerana Allah swt."

Mataku semakin berat.Aku lihat jam di dinding sudah pukul 2 pagi. Patut la rumah ku sunyi sepi.
Aku insan biasa yang banyak dosa. Usaha ku menahan segala keinginan ku demi agamaku.
Aku juga ingin bercinta bersama dia. Tapi aku ingin hingga ke syurga. Biar la dia terus membenci aku. Niat ku hanya ingin bersamanya di syurga. Doaku agar dia juga faham. Jika dia sudah punya pilihan hati. doaku agar dia bahagia. Cukupla cinta ku sekadar melihat dia bahagia.

Menatap wajah mak ayah aku mula sedar tanggungjawab aku. aku bukan budak kecil lagi. Aku sudah melebihi umur dimana aku boleh menentukan hidup aku.
Tapi aku masih goyah dengan godaan dunia.Setiap sudut godaan datang. Dari rumah aku berfikir cara pemakaian aku. Jika aku pakai ini mesti rakan gelakkan aku sebab aku x uptodate. hmm.
jika bersama geng mesti aku berjauhan sedikit dengan lelaki. mereka kata aku sombong. bukan begitu ,aku cuma ingin jaga batas pergaulan. aku juga ingin jaga agar nafsu mu terhadap aku tiada.
jika aku pergi supermaket mesti aku beli coklat banyak2 sedangkan itu tidak baik untuk aku.
ARGHH..banyaknya godaan.
jika aku tiada COUPLE mesti aku xnak ikut kawan2 aku pergi bandar sebab aku malu aku akan jalan sorang2..
jika aku mengajak kawan2 ku solat mesti diaorang akan tunggu di luar je. hmm. aku xnak buat baik sorang2.
hmm.. aku manusia biasa,, banyak lagi yang membuat aku pening.

Sedar x sedar secawan susu panas telah aku habiskan. Aku rasa jika aku tidur lagi lewat pasti akan lebih lewat aku bangun..
ARRGHH.. SUBUHKU??

dunia dunia..
aku benar2 leka..



>>sekadar cerpen sang hati,tiada kena mengena yang masih hidup yang mati mahupun yang membaca.. jika ada kena mengena cepat2 la sama2 kita muhasabah diri kembali pada yang Maha Esa<<

Assalamualaikum

Wednesday, May 9, 2012

layu daun..





jika aku diberi peluang..
aku ingin putarkan masa lalu ku..
aku telah membazirkan masa yang aku ada..
Ya Allah.. aku ingin memohon ampun kepada mu dalam banyak perkara..
aku lalai..
ya Allah.. bantulah aku..
mak ayah.. adik beradik ku.. aku memohon maaf .. banyak perkara aku menyusahkan kamu semua..
selama setahun diperantauan.. aku sedar aku sangat lemah..
tidak sekuat orang lain..
aku ingin jadi dia yang begitu hebat tapi aku lupa keupayaan ku tidak hebat seperti dia..
aku mungkin hebat dalam bidang lain..
kecewa dengan diri sendiri..
aku bukan xpandai... tapi aku x berusaha,,
ya Allah.. terlalu kecewa dengan diri sendiri...
tapi aku yakin dengan peluang lain..
aku tidak akan mengalah.. ini bukan pengakhirannya..
apa pun result yang aku dapat aku akan terima ..
mungkin ada jalan yg baik utk aku,,


~sentiasa bersangka baik kepada Allah s.w.t..
~syg dan cinta Allah s.w.t dan nabi muhammad..keluarga..