Saturday, December 31, 2011

hari ini dah 2012..


wah..
cepatnya masa berlalu..jari jemariku rancak menaip dan menulis azamku tahun ini..bersama diariku yang kekal disampingku.. azam tahun lepas banyak yang terlaksana.. alhamdulilah..
Namun bagi tahun ini pula..bagaimana ya? kebiasaannya orang akan meneruskan azam tahun lepas dan ada juga yang melupakan azam tahun lepas dan membina azam yang baru.. bagaimana pula dengan anda? jawapan nya tidak perlu dijawab.. hanya kita sahaja yang tahu.. rancang la baik2 tahun ini agar hidup lebih baik.. biasakan diri untuk sentiasa melihat kalendar..bukan lihat cuti ya.. tapi melihat hari2 yang bakal kita lalu dalam seminggu,sebulan dan setahun agar kita tahu betapa sekejapnya masa berlalu..
Hari pertama 2012 aku rasa tenang sangat..dan aku ada aktiviti di lanchan sarawak.. Aku mulakan tahun baruku dengan semangat yang baru..
Dengan rasminya aku ingin mengucapkan selamat tinggal duka..bye2..aku ingin kejar kebahagiaan dunia akhirat..amin..
Melihat langit diwaktu malam hati terasa tenang sekali..melihat sekeliling dengan pandangan positif betapa aku berasa aku adalah insan yang sangat beruntung kerana mempunyai segalanya =)
Oh..otak ku ligat berfikir.. tangan ku rancak menaip.. hati bahagia melihat suasana namun kasihan mata ini menahan mengantuk..
Aku bebaskan diri ini melayar bahtera..selamat malam dunia !


Friday, December 30, 2011

Perginya 2011..

Ya Allah..
cepatnya masa berlalu.. aku rasa seolah aku baru sahaja memegang slip spm yang ku ambil tahun ini.. tahun ini mengajar aku banyak perkara cinta,wang,usaha,persahabatan,kejujuran serta nilai sebenar manusia..
Ya Allah..
aku bersyukur kerana diberi peluang untuk terus bernafas..
aku bersyukur dengan nikmatMu terhadap aku..
aku punya segalanya..keluarga,kawan2,wang,kesempurnaan tubuh badan.. malah apa yang aku inginkan semuanya aku ada..aku bersyukur ya Allah engkau memberi kecukupan buatku..
Namun aku insan yang lemah ya Allah..
aku alpa..aku sering melakukan dosa sedar dan tanpa sedar..
syukur ke hadratMu ya Allah tahun 2011 juga engkau memberi peluang kepada aku untuk mengenal islam yang sebenarnya.. aku ditarbiyah.. aku dikelilingi kawan2 yang sangat2 baik..
terutamanya roomateku RINI AZMEERA, rakan kelas ku yang tak lokek ilmu,rakan yang selalu membantu ku AMIRATUL AFIQAH dan rakan seusrah ku..serta rakan2 yang ku kenali hati budinya =)
Dengan tekad yang ada serta iringan iman aku akan berusaha meninggalkan zaman jahiliahku..
Bukan mudah namun aku perlu jihad demi mencari redhanya..
SELAMAT TINGGAL 2011..
SEMOGA 2012 mematangkan aku untuk terus menuntut ilmu..

'mujahadah itu pahit tapi syurga itu manis'

Wednesday, December 28, 2011

..Nur Hidayah..

assalamualaikum.
dua perkataan yang sangat indah jika difahami maksudnya 'cahaya petunjuk'. Ya itulah ungkapan yang sangat indah yang sering disebut oleh manusia. Dulu aku melihat pekataan itu hanyalah satu pandangan biasa walaupun mengetahui maksudnya. Namun pandangan ku berbeza tatkala aku memahami maksudnya dan melihat dari setiap sudut. Ya Allah,indah sungguh perkataan itu dihatiku. Cantik dan indah jika ia menyirami hati kita. Ada beberapa pekara yang menyebabkan aku tertarik untuk menulis blog ini. Aku bukan la wartawan yang pandai menaip namun aku hanya insan biasa yang ingin meluahkan rasa untuk dikongsi.

Aku terasa ditampar apabila membaca blog yang benar-benar mengetuk pintu hati aku. Dalam blog itu ia membincangkan mengenai tudung. Orang selalu cakap 'yang tidak bertudung lebih baik dari bertudung labuh'.
Ini ulasannya :
1.perempuan yang bertudung labuh berjaya menutup aurat dan yang bersikap buruk itu adalah kelemahannya yang dalam proses membaiki.Namun mereka berjaya menjalankan perintah Allah swt.

2.Perempuan bertudung labuh lebih kental jiwanya. Orang kata mereka kolot. Mereka ketinggalan zaman. Namun mereka dapat hindarinya kerana mereka lebih mengetahui matlamat mereka. Mereka tahu mereka ingin kelihatan cantik dari pandangan Allah bukan manusia.

3. Perempuan bertudung labuh tidak diganggu oleh lelaki di luar sana. Mereka terhindar dari kegiatan atau aktiviti yang tidak sihat.

4. Perempuan bertudung labuh telah membantu lelaki mengawal diri mereka. Berterima kasih la kepada mereka.

dan kata-kata inilah yang menyentuh hati aku.
'hanya hati yang baik sahaja yang mampu menyebabkan perempuan memakai pakaian yang baik dan benar-benar menutup aurat/bertudung labuh'
Perkara ini benar-benar menarik hati aku mencuba memakai tudung labuh dan terus memakai.Aku terasa benar-benar selesa memakainya walaupun aku malu kerana ilmu agama ku sedikit berbanding mereka yang lain kerana aku hanya la insan dari sekolah harian/sekolah biasa bukan sekolah agama. Namun ku kuatkan semangat demi mencari cinta dan redha Nya.Dulu waktu kecil aku sering berdoa agar Allah menjadikan aku wanita solehah. Adakah Allah memakbulkan doa ku? Ya Allah aku yakin dengan kuasa Mu. Aku yakin dengan keputusan Mu kerana keputusan Mu adalah terbaik bagiku. Jika ini jalanku Engkau kentalkan lah jiwa ini untuk mencari cahaya petunjuk Mu.
Dahulu aku sering takut untuk berubah dan mengubah diriku. Aku hanya mendengar kata-kata orang namun aku lupa segalanya terletak pada Mu. Ya Allah terima kasih atas nikmatmu ini. Aku bersyukur.
Aku sentiasa ingat jika engkau ingin memberi kepada hambaMu jika seluruh alam ingin menghalang tiada suatu pun yang dapat halang dan jika engkau ingin menarik sesuatu dari hambaMu jika seluruh alam ingin menghalang tiada suatu pun yang dapat halang.
Perubahan ku sedikit demi sedikit demi mu ya Allah. Aku ingin mencari dan meneroka ilmu Mu.
Semoga engkau meredhai ku. amin.
Semoga ia juga memberi pengajaran buat yang lain termasuk keluarga ku,rakan-rakan ku dan yang turut membaca blog ini umtuk mendapat cahaya hidayah mu.
amin.


"Allah pelindung orang-orang yang beriman; dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya." (Surah Al-Baqarah:257)

Wednesday, November 16, 2011

okayy ! let's talk about heart..




mengikut istilah science heart adalah jantung..
dimana darah dipam ke seluruh badan melalui 'blood vessel' by repeated rhythmic contractions (biology form 5) *masih ingat apa yang blaja.hehe..
seterusnya membawa oxygenated blood and deoxygenated blood mngalir dengan sempurna..
demi kesihatan badan, kita perlu lah jaga pemakanan agar jantung kita sihat.. tidak tersumbat dengan lebihan lemak2 yang melekat pada saluran darah kita..

ok,bagaimana pula jika kita dalam keadaan gementar atau berdebar2?

itu adalah simptom kelemahan di bahagian tekanan darah, jantung dan medulla ablongata.
dimana pusat kelemahan bahagian spiritual ialah Medulla Ablongata dan pusat kelemahan bahagian emosi ialah Jantung.
merek hanya membawa fizikal dan mental sahaja dan tidak membawa spitirual dan emosi..
keadaan ini biasa nya terjadi semasa kita khalayak ramai atau mungkin juga sebelum interview...

Baiklah,mengikut pandangan kita heart adalah hati..
dimana disitu la perasaan sedih,marah,gembira,cemburu,iri hati yang dapat kita rasa..
biasanya orang yang bercinta sangat suka menggunakan perkataan heart sbg medium untuk menyatakan cinta nya..
banyak penggunaan perkataan heart yang dapat kita lihat dalam kehidupan seharian..

-you're my sweet heart

-filem MY HEART lakonan irwansyah dan acha..

- so on.. =)

jom duduk sejenak..
kita berfikir..
adakah kerana jantung penting dalam badan kita dan sebab itulah kita sering menyamakannya dengan kehidupan seharian?
menyamakan dengan orang yang kita sayang?
dan ingin mengambarkan betapa penting nya mereka pada kita?

apa pun di fikiran anda itulah jawapannya..=)

jom kita lihat dari sudut agama pula..
pernah dengarkah anda ?

“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.

baiklah.. ini lah sebenarnya hati yang perlu kita tahu..
melihat sesuatu dari setiap sudut..
berfikir mengenai kebesaranNya..
hati ini lah yang perlu kita jaga..
menjadikan kita insan mulia..
hati ini perlu di baja dengan kata2 yang baik
perlu diberi makan dgn zikirullah
agar ia tidak mati..
ketahuilah hati yang mati sangat susah mendengar kata2 orng lain..
dan sering melakukan sesuatu mengikut tanpa memikirkan orang lain
hati ini ada pada setiap orang.. ia berada pada sudut yang sangat jauh..
saat kita benar2 tenang..kita akan dapat rasa kehadiran nya..
jika hati ini sihat maka sihatlah fizikal kita..
jika hati ini tenang maka tiada istilah gementar yang perlu kita hadapi

konklusinya..
kembali lah menyegarkan hati kita yang dah lama kehausan..
agar kita mnjadi insan yang cemerlang..
lihatlah betapa besarnya kepentingan hati kita dalam hidup kita..
tanpa hati kita akan lemah..

i luv my heart =)

Monday, November 14, 2011

kerana ibu bapa


hari ini sinar baru mengantikan semalam..
membuatku melihat semua perkara dengan hati tenang..
marahku..ego ku..sakitku..semuanya hilang dek kerana aku masih mempunyai sejuta impian yang belum ku gapai..

ibu ayah..
saatku melihat engkau semangatku berkobar2 utk berjaya dalam hidup
melupakan semua masalah kecil yang menganggu di fikiranku..
ku bina semangat yang baru..ku lupakan segala masalah..
berbekalkan ilmu yang sedikit.. ku cuba mencoret kehidupan ku untuk masa hadapan..
ibu ayah..
saat engkau sakit baru aku sedar betapa susahnya aku tanpa kamu dalam hidup ku..
betapa suramnya keluarga kita tanpa kamu..
namun engkau masih kuat melahirkan senyuman menyorok kesakitan demi kebahagiaan kami adik beradik..
ibu ayah..
maafkan kami kerana kadang2 kami lupa engkau disaat kami bersama rakan2..
saat kami di dunia luar..
maafkan aku..
maafkan kami..
kini aku sedang membina peribadi diri..
melaksanakan impian ku sewaktu kecil untuk menjadi anak solehah..
i love u ibu ayah..


luahan si hati

lihatlah tangan..
lihatlah hati..
kedua nya luka.. luka berdarah melalui titi kehidupan..
namun darah yang mengalir tidaklah kelihatan..
terkadang menangis merasai keperitan..terkadang menahan diri dari kesakitan..
manusia !!..
engkau jahat.. engkau ada segalanya.. engkau pandang setiap manusia lain dengan pandangan yang rendah.. namun engkau lupa segala yang engkau ada itu bukan kekal selamanya..
tangan ini mengenggam agama sekuat mungkin mengukukuhkan semangat..
memaafkan engkau wahai insan.. kerana aku sedar engkau juga manusia yang melakukan kesilapan..
biarla aku hilang segalanya..namun aku xnak hilang Allah..
biarla aku rasai kesakitan ini jika ia mendekatkan aku dengan Allah..
ku lahirkan sebuah senyuman untuk mereka yang sudi melihatku..
ku lahirkan sebuah senyuman agar kesakitan yang ku rasai tidak dirasai orang lain..
ku lahirkan sebuah senyuman kerana aku ingin bahagia..
aku maafkan semua disekeliling ku yang pernah melukai aku.. aku juga ingin rasa bahagia..