Sunday, September 9, 2012

Renungan selangkah ke Universiti


Bila semangat menjadi teras utama segalanya mampu berubah ! Jangan biarkan semangat dilanda ribut taufan yang menghancurkan segalanya.

Aku minta itu, aku dapat itu. Segalanya dalam kuasa yang Maha Esa. Dia yang tahu segalanya. Ada orang cakap jika kita ingin kan sesuatu kita perlu berusaha untuk dapatkan sesuatu. Tapi ada juga orang cakap jika kita dapat sesuatu pasti itu terbaik untuk kita.. Arggh aku benar-benar keliru dalam memilih hala tuju ku. Hala tuju yang akan menentukan kehidupan aku untuk puluhan tahun. Aku sudah boleh dikatakan matang walaupun diri terasa masih kecil . Segala keputusan akan aku bincangkan bersama keluarga dan rakan-rakan . Namun segalanya terletak pada diri aku. Mereka membantu aku menunjukkan jalan , namun aku harus perlu dan mesti memilih jalan mana yang harus aku pilih kerana mereka tidak mahu menjadi tempat dipersalahkan jika aku tersungkur . Aku mula memikirkan keadaan kawan ku yang harus mengikut pilihan keluarga mereka dalam menentukan kerjaya. Aku rasa gembira menjadi mereka kerana pilihan sudah ada yang tinggal hanya belajar sahaja. Tapi aku dimarahi rakan ku yang mengatakan aku lebih beruntung kerana aku berhak menentukan hidup aku sendiri. Ya , secara mutlak keputusan ada di tangan ku.

Setelah berfikir dari segala sudut buruk dan baik . Ya, di sini aku menempatkan diri. Jauh di negeri orang aku merantau. Niat di hati ingin mencari segala ilmu yang ada. Dunia mahupun akhirat. Rindu? Siapa lah tidak rindu keluarga tercinta. Hanya Allah swt sahaja yang tahu. Aku lepaskan rinduku dengan doa. Hanya itu sahaja yang aku mampu. Air mata aku menitik tatkala teringat akan ayah dan ibuku. Aku bukanlah dari keluarga yang kaya. Ayahku kini dah berusia. Setiap minggu tangan nya kini perlu berdepan dengan cucukkan jarum yang pada mata kita hanya sebatang jarum namun yang merasainya hanya lah mereka. Sebelum aku melangkah pergi aku melihat dari jauh ayah ku menahan sakit dicucuk jarum. Katanya dulu suka atau tidak kita tiada pilihan jika itu yang terpaksa kita lalui. Sayu hati mendengar kata-kata itu. Saat ayah aku menghantar aku di stesen bas kami perlu menaiki tangga yang tinggi . Aku tidak mampu kerana beg aku terlalu berat ! terlalu berat ! sehingga aku mengalah untuk meneruskan perjalanan. Ayahku menghentikan pergerakkan mengambil beg ditanganku. Airmata ku menitis dalam hati. Ya Allah peritnya melihat ayah aku mengangkat beg ku yang terlalu berat hanya mengunakan sebelah tangan yang mampu. Aku hanya mampu melihat dengan penuh sayu. Setiap langkah ayah ku penuh dengan kasih saying yang tidak ditunjukkan dengan kata2. Aku berlari ke tandas. Menangis sepuasnya. Kedua tangan itu yang telah membesarkan aku sejak kecil. Kini masih mampu memberi aku kasih sayang walau hanya dengan sebelah tangan. Ya Allah, engkau hadiahkan aku ayah dan ibu yang sangat hebat dan berharga buat aku. Yang tiada nilainya.

Kucupan ibu didahi ku sudah cukup memilukan hati aku. Ibu merestui aku berjauhan demi mencari ilmu. Ya Allah. Apakah perasaan ini. Air mata mengalir tanpa henti. subahanaAllah ! Allah Maha Besar .  Hebatnya hati dalam merasai kasih sayang yang dapat dirasai melalui perbuatan yang mudah. Semua kenangan dari kecil hingga kini akan ku simpan dalam kamus hidupku. Mereka wiraku yang hebat dalam mendidik aku.
Kini aku mula mengorak langkah. Bersama semangat serta kasih sayang ibu dan ayah yang tiada nilainya. 

Esok segalanya bermula. Ibu ayah ingin sekali aku memohon maaf atas segala kesilapan aku. Aku pernah menjadi sombong tatkala menjadi remaja. Aku pernah meninggikan suara tatkala berasa marah. Aku pernah tidak mengendahkan panggilan kamu tatkala menonton tv. Aku pernah mengecilkan hati kamu dengan kata2 aku. Aku pernah malu terhadap kawan2 ku kerana kita miskin. Aku pernah lebihkan kawan2 ku berbanding kamu. Kini hidup berjauhan benar2 mendidik aku menjadi insan yang berhati lembut. Ibu ayah hanya doa menjadi pengubat rinduku. Hanya suara kamu mampu memberi aku semangat yang tiada tandingannya. Hebatnya kasih sayang kamu terhadap aku.

Ya ALLAH.. ampunilah hambaMu ini.. serta kedua ibu bapa ku adik beradikku, guru2 , rakan2 dan seluruh muslimin dan muslimat yang masih hidup mahupun mati.
                               
                                           


~Saat aku menghitung hari untuk membesar, ibu bapa ku meningkat usia menanti tibanya waktu mereka pergi.
~Saat aku mula mengingati dunia , ibu bapa ku mula menjadi pelupa
~saat aku mempunyai badan yang hebat , ibu bapa ku mula merasai kesakitan kerana penat bekerja
~saat aku gembira bersama rakan-rakanku diluar berjauhan ,ibu bapa ku mengirim rindu nya dalam doa dan titisan airmata.

Hanya satu kata2 yang sangat KEKAL diingatanku

‘belajarlah memasak wahai anakku ,andai satu masa aku tiada kamu boleh memasak untuk adik2 mu ‘

p/s: aku terlalu cinta akan ibu bapa ku kerana Allah swt. Semoga kami berjumpa di syurga Mu Ya Allah .. amin ya rabbal alamin..