Wednesday, January 18, 2012

indahnya cinta..

bismillahirahmanirahim..
ya Allah benar.. sungguh indah cintaMu..
cintaMu memberi aku kekuatan..memberi aku semangat..
hari iniaku belajar erti jangan pernah sekali2 putus asa..
biar pun badai datang melanda..
mulai saat ini.. aku berjanji akan menuntut ilmu bersungguh2..
aku tak nak sia2 kan masa aku lagi..
aku berusaha supaya aku tidak akan terpengaruh dengan keadaan sekeliling yang menganggu aku untuk berjaya..
aku akan fokus pada niat ku ..
aku akan cuba sebaik mingkin..
aku akan bina semangat setiap saat..
aku tak kan biarkan semangat ku luntur lagi..
aku berjanji ya Allah..
aku akan berusaha sebaik dan semampu ku..
aku memohon pertolongan dan redha Mu ..
bantu lah hanba Mu ini ya Allah..
Aku Cintakan Engkau..

Monday, January 16, 2012

mengapa??

Hati ini..
Sedih melihat tingkah laku diri sendiri..
mengapa?
Fikiran,perbuatan,percakapan,hati tidak pernah bersatu?
Mengapa hati kata lain perbuatan lain?
mengapa?
hmm..
Hati ini berbolak balik..hati ini sering memarahkan perbuatan
Namun perbuatan tidak pernah insaf walaupun engkau sudah janji setia untuk tidak mengulangi kesilapan..
Kesian hati terpaksa menanggung akibat sebab engkau perbuatan !
sebab engkau hati ini jadi hitam..
Hati ini jadi keras..susah menimba ilmu..susah ingat ilmu baik
engkau jahat perbuatan !
Saat engkau lemah tiada sapa disisi engkau cari hati untuk mengadu domba..
Hati sangat baik.. melayan engkau.. memohon kepada tuhan untuk memaafkan perbuatan engkau..
Namun engkau masih mengulangi lagi..
jahat nya engkau..
Tolonglah..
tolonglah..bersatu hati wahai perbuatan,pertuturan,hati dan akal...
untuk menjadi cemerlang dan berjaya kamu kena seiring dan sejalan..
jangan biarkan hati dan perbuatan bermusuh..
kelak diri yang merana..


~luahan hati ~

Friday, January 6, 2012

hati kecilku berbicara..

ya Allah
aku mohon denganMu
jagalah hati ini untuk sentiasa menyebut namaMu
jagalah hati ini dari mencintai manusia lain tanpa ikatan yang suci..
aku juga insan biasa yang punya perasaan..
namun aku harus kuat dalam mengurus hati ini..
aku hanya mampu berdoa..
aku insan yang lemah..

ku tulis ini untuk meluahkan rasa
hidup ini hanyalah apa yang kita inginkan
kita sering terlupa apa tanggungjawab kita..
maaf rakan-rakan ku semua jika sikap ku menyakiti anda semua
aku hanya manusia yang sentiasa dalam proses membaiki diri..
aku tahan perasaan ini,ku bertahan demi mendapat redhaMu ya Allah

ya Allah buangkanlah perasaan cintakan dunia yang ada dalam diri ini..
hadirkan lah ketenangan dalam diri ini..
bantulah aku untuk khusyuk hanya padaMu..
aku insan yang tiada apa2..
gembiraku,sedihku,sakitku,resahku semua nya pada Mu ku kongsi..
aku ingin menyerahkan segala rasa hanya dengan Mu..
biarlah hanya hati ini yang memahami segalanya..
aku benar ingin mencintaiMu..
lihatlah aku yang hina ini..
ampunkanlah dosa2ku..


Thursday, January 5, 2012

Oh manusia !

berjihadlah melawan nafsu
berjihadlah melawan syaitan
berjihadlah melawan musuh Allah s.w.t



laut mana tidak dihempas ombak?
bumi mana tidak ditimpa hujan?
saat kita berjaya menyelesaikan satu masalah ,
masalah lain yang tiba.
Ya,bijak sungguh engkau wahai syaitan
mencari setiap celah-celah kelemahan manusia
engkau hasut mereka sehingga mereka lalai dalam suatu perkara
saat mereka tersedar dan kembali ke pangkal jalan engkau gunakan plan yang lain
plan A, plan B, plan C dan plan yang paling terakhir iaitu apabila sakaratul maut menimpa manusia..
kejamnya engkau,bodohnya manusia..
akal yang manusia ada tidak digunakan sebaiknya
malah hanya mengikut sedap hawa nafsu yang hanya nikmat sebentar namun seksa selamanya di alam akhirat kelak..
lemahnya iman manusia..
lemahnya asas-asas manusia terhadap agama..
sayangnya akal yang Allah cipta cantik untuk kita jadi khalifah
namun kita gunakan untuk menjadi hamba neraka..nauzubillah..
bertahanlah wahai manusia..
menjalani kehidupan ini.. kita telah berjanji dengan Allah kesanggupan menjadi khalifah didunia ini dengan Allah saat kita dialam rahim lagi..
malah kita pernah berjanji dengan Allah semasa kita di alam roh
Allah bertanya kepada Para Roh
"Apakah kamu mengakui Diriku ini adalah tuhanmu?"
Mereka menjawab
"Benar,bahkan kami menyaksikannya"
(Al'Araf 7:172)
Ayat ini tersirat dengan indah sekali..
pengakuan ini tiada sebab untuk manusia mengatakan diakhirat kelak
"sesungguhnya kami(bani adam) adalah orang yang lalai terhadap ini (keesaan Tuhan)"

ingati lah Allah dalam apa jua keadaan kerana Allah tidak akan lupa hambanya yang meningatinya
semoga kita semua diberkati,dirahmati dan diredhai Nya..
semoga kita mendapat hidayahNya..
amin..
inilah rintitan hidup kita sebagai manusia..binalah kehidupan yang baik didunia..sediakanlah bekal yang banyak..agar kita dapat meniti titiran sirat dengan berlari sepantas kilat kelak..
amin

Alam Roh -> Alam Rahim ->ALAM DUNIA ! ! ->ALAM barzakh-> Marsyar (syurga atau neraka?)