Thursday, February 23, 2012

ustazah =)


assalamualaikum..

kat sinila ku jadikan tempat luahan hati sebagai pengganti diari ku
yang telah habis ku tulis semasa di sekolah menengah..
alhamdulilah..
bila aku baca balik.. banyak kekuatan yang aku dulu ada hilang dimamah masa..
namun dalam meniti alam remaja ini alhamdulilah aku diberi peluang mengenali islam..
walaupun ilmu ku x banyak.. tapi aku akan berusaha memantapkan ilmu didada..
dulu sebelum balik cuti sem 2 aku bertekad nak pakai tudung yang sedikit labuh..
walaupun hati sikit takut dan gementar ku kuatkan juga semangat..
membetulkan balik niat demi menepis tanggapan masyarakat..
setelah tiba disemenanjung telah ku duga panggilan 'ustazah' akan kedengaran..
pada mulanya hati tidak suka..
tapi mengingat kembali kata2 murobiyah ku
'kita kan nak jadi ustazah kepada keluarga dan anak2 kita..jangan takut kepada kebaikan.. kata2 itu doa..mereka mendoakan kita jadi yang baik.. dan tak salah kita mulakan langkah sebelum mereka..mana tahu mereka pula akan mengikuti kita'
hati ku terus kuat..
aku hanya ingin menjadi insan yang cantik dalam islam..
menutup aurat sebaik mungkin..
melihat ilmu itu satu yang baik..
ingin menjadi idola kepada orang lain..
kini adik-beradik ku suka memanggil aku ustazah..
aku tidak kisah lagi malah senyuman mengiringi panggilan mereka..
sekurang-kurangnya mereka menyokong perubahan aku..
aku yakin mereka suka akan perubahan ku..
sebenarnya aku terlalu ingin menjadi anak solehah..
kerana doa anak solehah dimakbulkan Allah..
aku ingin mendoakan orang tua ku.. ingin sekali doa ku dimakbulkan..
mencintai orang tua ku kerana Allah.. aku semakin hampir pada Nya..
alhamdulilah..
syukur dengan nikmatnya..

menyukai panggilan yang baik kerana ia adalah doa.. =)

berusaha berjaya !

Yeay.. semua orang boleh berjaya..
take 5 tgok video ini..
menaikkan semangat belajar =)

berfikir sejenak.. =)

penah x kita terfikir seperti dalam video ini?
musahabah diri..

Wednesday, February 22, 2012

banyak cabaran..

Ya ALLAH..
bukan senang nak istiqamah..
banyak cubaan..ujian dan cabaran..
aku terlalai saat aku cuti.. saat aku ada banyak masa..
kenapa ni.. diri.. jangan lah mengalah...
kuatkan semangat.. bina balik kekuatan diri..
jangan benarkan perkara luar menggangu anda ingin berubah..
yup, take your time but not too long ok !

audit diri di malam hari..

Tuesday, February 21, 2012

hati terasa kosong ?

pernah x anda terasa begini dikala berseorangan?
saat anda duduk sorang2.. mencari dimana penyebab kekosongan anda..
kadang2 anda merasa rindu..
rindu pada suatu yang tidak pasti..
anda berfikir sambil berjalan,duduk,baring..
tapi masih ada yang tidak kena pada hati anda..
anda mula membuka 'facebook' atau mungkin mengambil handphone untuk sms rakan2
bagi menghilangkan kekosongan anda..
atau mungkin anda duduk membazirkan masa..
membiarkan masa berlalu tatkala rakan anda diluar sana sedang sibuk mencapai kejayaan
anda melihat jam..bila kah pagi esok akan datang..menanti kegembiraan esok yang belum pasti..
sebenarnya anda tidak perlu lakukan begitu..
ambil la wudhu'.. solat sunat dua rakaat.. hati anda rindukan Allah s.w.t..
jiwa dan rohani anda perlukan makanan.. berzikir lah pada Allah..
mohon la keampunan padaNya atas dosa anda yang lalu..
masa ini hati anda akan sangat2 tenang..
jangan pernah tangguh..
kerana anda tidak akan pernah lakukan nya nanti..
percayala sekali anda tangguh again anda akan tangguhkannya..
yakinlah..
anda akan jumpa kemanisan ubat yang hanya dapat dirasai melalui ini..
jangan biarkan jiwa anda lapar kerana esok dia akan sakit dan melarat ..
berilah makanan pada jiwa anda walaupun sedikit dalam sehari..

memberi senyuman dan mengeluarkan kata-kata yang baik pada setiap orang
juga dapat memberi makanan kepada jiwa =)

Monday, February 20, 2012

kesedaran..

Ya Allah..
saat aku pulang ke rumah melihat wajah ibu bapa..
mendengar setiap masalah.. hati aku sedih..
hati aku rasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh..
hidup kita berbeza dengan orang lain..
ya sangat berbeza.. orang tidak akan faham melainkan diri kita sendiri..
aku berada di jalan ini.. aku mesti meneruskan kehidupan ini..
aku mesti teguh berada di jalan ini..
ya pahit.. tapi aku mesti melalui..
Allah merancang yang terbaik untuk kita..
jangan menyerah kalah..

husna mesti kuat agar orang di samping husna kuat =)

Sunday, February 19, 2012

aku mohon maaf..

pagi ini aku bangun dengan satu msg yang sangat menyakitkan..
dulu..sebelum aku ditarbiyah..memahami diri aku dari sudut islam..
aku pernah menyakiti perasaan saudara ku sendiri..
dulu aku tak faham.. aku betul2 x sengaja..
bila aku ditarbiyah aku memohon maaf padanya..
aku sangka kn dia dah maafkan aku.. tapi msg dia pagi tadi
dia benar2 marahkan aku.. benci kan aku..
aku betul2 minta maaf.. aku takut jika engkau marah.. adakah Allah redha jika saudara seislam ku sendiri membenci aku..
setiap manusia pernah melakukan kesilapan..
sedihnya aku..
hinanya aku..
aku sangka kan aku baik tapi rupanya aku sangat teruk..
hati aku jahat..
besar dosa aku..

aku dah dibenci manusia.. aku takut sikapku manusia lain membenci aku..
aku takut kemurkaan Allah kerana aku penyebab pemutus silaturahim..
aku berdoa agar dia memaafkan aku..
itu aku yang dulu..
sekarang aku dah sedar kesilapan aku..
hanya satu kelemahan aku engkau marah aku sebegitu rupa..
maafkan aku..
aku benar2 sedih..
sedih atas sikap aku..
aku belajar agar tidak mengulanginya pada manusia lain..
maafkan aku..
aku insan yang lemah..

Wednesday, February 15, 2012

sharing is caring =)

assalamualaikum semua..
Diri ini tidak lah begitu layak untuk menasihati.. tapi sekadar berkongsi..=)
Anda semua tahu x apa yang paling indah kat dunia ni kalu kita dapat?

clue dia kita akan bahagia..
tenang..
sentiasa tersenyum..
malah boleh menjadikan kita kuat..
kadang2 bila kita dah dapat perkara tu kita ingin sekali orang lain dapat..
agar mereka merasa seperti kita ketenangan itu..
terutamanya keluarga..rakan-rakan..
anda semua tahu x nak dapatkan tu kita mesti ada niat.. sbb bila kita dah niat akan senang je dapat =)
contohnya jika kita nak sesuatu kita akan berusaha untuk dapatkannya..malah akan menghargainya bila dah dapat.. tapi kalu kita x da perasaan nak pasti kita x dapat sbb kita mmg x da niat pon nak..
betul x? faham x apa yang cuba sy sampaikan?
apalagi ek..
oh.. nak tau apakah perkara paling indah itu?
baiklah kawan2.. sebenarnya..
sangat indah bila kita dapat mengenali ALLAH SWT..
sangat indah bila Allah memilih hati kita untuk dekat dengan Dia..
Maha Suci Allah.. Dia sangat indah bila mengenalinya..
sejak mengenaliNya setiap perkara yang ku lakukan hati ini akan sentiasa fikirkan Nya..
saya bahagia sgt..Ya Allah..aku bersyukur..
sejak itu setiap perkara akan aku lakukan hanya untuk mencari redha dan rahmat Mu ya Allah..
kawan-kawan jangan sedih.. Allah itu sangat baik =)
Allah beri kita senjata yang sangat bermakna buat orang islam iaitu DOA..
kawan-kawan.. jangan pernah putus asa tau..
berdoala..Allah Maha Mendengar..
kawan-kawan tahu x kita ada 3 jenis perkara yang perlu di beri makanan tau
iaitu fizikal, emosi dan rohani..
Malaysia sangat kaya dengan makanan kawan2.. kita sebenarnya ketandusan makanan jiwa..
kawan2 tahu x? kita kena berdoa dan berusaha untuk memberi makanan kepada rohani kita..
kita berdoala agar roh kita sihat..
Dr Muhaya Mohammad cakap.. kalu kita kenyang dengan kasih sayang Allah..
insyaAllah perasaan nak makan makanan(fizikal) akan terjaga..
sama juga dengan emosi..kita tidak akan mengharapkan kasih sayang manusia.. sebab kita dah ada ALLAH.. indah kan kawan2.. dan mesti masalah kapel akan berkurangan..
insyaALLAH jika niat kita baik.. Allah akan bantu..
okla..sampai sini je dapat saya kongsi.. semoga tulisan yang sedikit ini dapat menyentuh hati kawan2.. =)

~Jangan terlalu kejar cita-cita.. tapi kejarla makna kehidupan~

~jika kita mendoakan sahabat kita tanpa diketahuinya malaikat akan mengaminkan doa untuk kita dahulu~

Saturday, February 11, 2012

lontaran suara kawan ..=)

hari menanti hari...
masa berganti masa..
usia semakin meningkat.. keperluan dalam ilmu dan cinta semakin meningkat
hari ini.. kedengaran suara rakan2 ku berbincang tentang cinta..
meluah pendapat bagai peluru dalam perperangan..
diri ini mendengar dan mengamati sebaik mungkin di mana point yang cuba disampaikan..
oh.. kekeliruan sedang berlaku kepada anak remaja..
apakah yang sebenarnya ingin mereka inginkan dari perhubungan itu?
Apakah mereka harapkan dari perkenalan itu?
dan sebab apakah mereka berkenalan?
ini lah soalan yang perlu dijawab oleh hati kecil mereka sendiri..
Oh.. inilah ujian kepada manusia..
naluri hati yang x dapat manusia lari ..
namun ini lah kegunaan akal..
Ya, semua orang ada perasaan.. tapi bagaimanakah kita menguruskan perasaan itu?..

Indahnya wanita..
semua memandang dengan baik dan semua ingin menjaga nya..
namun lagi indah jika wanita itu mampu menjaga hati dan akhlaknya
untuk lelaki yang bergelar suami..
Namun, tahniah ! Anda semua telah mula memikirkan dan sedang memperbaiki diri..=)
mula sedar keperluan masa hadapan dan mula merancang..
semoga setiap yang diluahkan menyedarkan kita tentang kehidupan ini..

perancangan hari ini adalah untuk kehidupan masa hadapan
jangan biarkan keseronokan hari ini menghancurkan masa depan kita

-istikharah cinta-