Friday, December 30, 2011

Perginya 2011..

Ya Allah..
cepatnya masa berlalu.. aku rasa seolah aku baru sahaja memegang slip spm yang ku ambil tahun ini.. tahun ini mengajar aku banyak perkara cinta,wang,usaha,persahabatan,kejujuran serta nilai sebenar manusia..
Ya Allah..
aku bersyukur kerana diberi peluang untuk terus bernafas..
aku bersyukur dengan nikmatMu terhadap aku..
aku punya segalanya..keluarga,kawan2,wang,kesempurnaan tubuh badan.. malah apa yang aku inginkan semuanya aku ada..aku bersyukur ya Allah engkau memberi kecukupan buatku..
Namun aku insan yang lemah ya Allah..
aku alpa..aku sering melakukan dosa sedar dan tanpa sedar..
syukur ke hadratMu ya Allah tahun 2011 juga engkau memberi peluang kepada aku untuk mengenal islam yang sebenarnya.. aku ditarbiyah.. aku dikelilingi kawan2 yang sangat2 baik..
terutamanya roomateku RINI AZMEERA, rakan kelas ku yang tak lokek ilmu,rakan yang selalu membantu ku AMIRATUL AFIQAH dan rakan seusrah ku..serta rakan2 yang ku kenali hati budinya =)
Dengan tekad yang ada serta iringan iman aku akan berusaha meninggalkan zaman jahiliahku..
Bukan mudah namun aku perlu jihad demi mencari redhanya..
SELAMAT TINGGAL 2011..
SEMOGA 2012 mematangkan aku untuk terus menuntut ilmu..

'mujahadah itu pahit tapi syurga itu manis'

4 comments:

  1. alhamdulillah, kak long telah berjaya menemui hidayah Allah swt..bukan senang utk kita sbg hamba memilikinya...kerana Allah swt akan memberikan hidayah kepada orang yg Dia mahu sahaja...alhamdulillah alhamdulillah...kita dapat berjumpa bersama mengeratkan ukhwah kita....and i always love u kak long....jangan lupa k ngah and sila tegur k ngah kalau ada kesilapan...so sorry kalau penah sakitkan hati k long...x sengaja..hehe...artis yg cantik...#perasanlettewww# hehe..

    ReplyDelete
  2. hehe..alhamdulilah.. syukur dengan nikmatnya.. klong pon ingin minta maaf jika buat salah dan silap.. kehidupan ini perit namun kita boleh corakkan nya..kita yang menentukan pilihan kita =) doakan k.long taw..semoga ukhwah kita berkekalan..amin.. k.ngah pon cantik =)

    ReplyDelete
  3. woha. terima kasih jugalah sebab selalu bantu saya, mengingatkan tentang keesaan Allah. sememangnya saya mudah khilaf dan alpa.

    semoga tahun 2012 menjana kehidupan yang baik dan diredhai.

    yeah, sayang korang. hehehe

    ReplyDelete
  4. amin..sayang amiratul afiqah juga=)
    alhamdulilah ilmu yang ada dikongsi bersama =)

    ReplyDelete